Aiman dan Ammar -  - Fotopages.com
<height>60</height>
Terbaru
<description>Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan balik ke tanah air tercinta, insya Allah berpeluang lagi mengundi.
Graduation - Monday 17th Dec 2007
<description>Hari ni sempat melihat nama dalam senarai yang akan menerima sijil masing2 pada konvokesyen di Loughborough University. Termasuk dlm list Abg (Dr) Majdi (UTP), Dr Roslan (UUM) dan Dr Rohah (UTM) serta Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (UPSI)
Terima kasih semua....
<description>Alhamdulillah kami sekeluarga serta Dr Azli dan isteri telah selamat kembali ke tanahair pada 31hb Okt 2007. Kami sekelurga meneruskan flight ke Senai dan di sambut oleh Ayah dan adik2 yang telah lama menunggu. Syukur yang tak terhingga kepada semua sahabat di Loughborough yang membantu kami menaikkan barang2 kedalam kontena, ziarah serta hadir mengucapkan selamat jalan buat kami. Kenangan bersama kalian terlalu banyak dan terlalu besar bantuan dan pertolongan yang telah diberikan.
Kehadiran Ayahanda dan Bonda dari Perak diawal pagi 1hb Nov amat besar ertinya buat kami.. Kami merayakan Aidil Fitri sekali lagi bersama sama dan diraikan oleh kedua-dua ayahan dan bonda di sebelah ayah dan Ibu Aiman dan Ammar. Petang nya melapor diri di unit cuti belajar UTHM dan menyerahkan thesis, mengisi beberapa brang yg berkaitan dan terus ke fakulti berjumpa dekan, timb dekan dan staf lain.
Cuti tanpa rekod digunakan untuk menyelesaikan urusan isteri.. awal pagi isnin 5hb Nov terus ke Putrajaya. Blok 14 Kementerian Pelajaran kami sampai untuk ke Bahagian Sumber Manusia, Alhamdulillah pegawai disana membantu kami hingga selesai dan terus pulak ke blok berhampiran, Jabatan Pendidikan Teknikal untuk urusan penempatan. Pegawai disana juga membantu dan menempatkan semula ke sekolah lama.. Sek Men Teknik, Kluang, Johor. Selesai urusan isteri, terus ke Kompleks Kerajaan di Jalan Duta untuk urusan AP. Sekitar jam 2 ptg permohonan untuk mendapatkan AP telah selesai dan terus balik ke Parit Raja. 
Sekarang ini telah seminggu bertugas di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan telah diberikan bilik di Blok C16. Masih tak banyak kerja yang dilakukan sekadar berjumpa dengan sahabat2 lama dan berbincang dgn ketua jabatan untuk perancangan pembelajaran semester hadapan. Semalam juga berjumpa dgn Dato NC dan Prof TNC untuk melapor diri.
Aiman dan Ammar juga telah dapat menyesuaikan diri di tempat baru.. dan dah boleh minum susu botol.. Aiman dah boleh minum susu Dumex.. bukan soya based dan Ammar juga sewaktu Ibunya bertugas.. dia dah minum susu botol.. Terima kasih Ayin yang membantu kami hampir 2 minggu menjaga kedua putera kami sewaktu Ayah dan Ibu mereka bertugas.
2 tugas rasmi sedia menanti minggu depan, iaitu untuk review abstract untuk ICME conference serta diminta menjadi Facilitator untuk program Finishing School anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CAD) dan program TOT akan dibuat di Bukit Banang Golf & Country Club, Batu Pahat pada 20-21 Nov.
Terima kasih buat Adzhar yang menghantar keputusan viva dan menunggu 21hb Nov nanti untuk pengesahan senat Loughborough University. Jemputan untuk hadir ke majlis konvokesyen telah diterima yang akan dijalankan pada 17hb Dec 2007 jam 10.30 pagi. Kalau ada rezeki akan hadir majlis yg akan dibuat di Singapore tahun depan. </description>
26hb Mac 2004 - 30hb Okt 2007
<description>Alhamdulillah setelah bermastautin di England lebih 3 tahun 6 bulan, hari ini kami akan meninggalkan tempat bertuah ini dengan perasaan sedih, terharu, gembira dan cukup banyak pengalaman dan kenangan yang ditinggalkan. Masih segar dalam ingatan apabila tiba di Manchester Airport disambut oleh En Salleh dan Sdr Mujahid kemudian ke Loughborough bermalam di rumah Hj Jiwa. Setelah hampir 6 tahun menanti kehadiran cahaya mata, Royal Infirmary Hospital di Leicester menjadi saksi kehadiran putera sulung kami, Muhammad Aiman, suati kurnia dari Ilahi yang amat bermakna.Amanah dan rezeki berganda buat kami apabila Muhammad Aiman mendapat adik pada 22hb Mei 2007, juga di lahirkan di Leicester. Tahun 2007 juga cukup manis apabila berpeluang membengtangkan kertas kerja ke 5 di USA dan terbaru masih terngiang di teliga apabila External exeminer Emeritus Professor Colin Besant, Department of Mechanical Engineering from Imperial College mengucapkan tahniah diatas kejayaan mendapat PhD berjudul "A STEP-COMPLIANT APPROACH TO TURNING OPERATIONS". Alhamdulillah dan syukur kepada mu Ya Allah
Without help from many work colleagues, friends and family, this thesis would not have been possible to accomplish. With that in mind the author would like to thank the following wonderful people. Firstly the I wish to express my sincere gratitude to my supervisor, Professor Keith Case, for his direction, support, patience and friendship. I am sure that would be harder to finish this work without your support. Keith, you are someone who shares my hopes and dreams. Also, to Professor Stephen Newman from
University of Bath for your encouragement and interest in this research.
Many thanks to my colleagues in the TW214 room, especially Gareth Coates, Chris Edwards, Theodoros Staikos, Muhammad Abu Bakar, Abeer Pharaon and Dr. Simon Collins, for the conversations and asides help that made each day more enjoyable. I extend my thanks and appreciation to my friends, Masyarakat Melayu Loughborough (MML), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) and to all others who contributed directly or indirectly, to bring out this thesis successfully.
Last but not least, my deepest gratitude goes to my wife, Rosmawati Maarof, for her encouragement and patience for more than three years. Besides being the mother of our two children, Muhammad Aiman and Muhammad Ammar, she has supported me and given me constant encouragement and care. I wish to express my gratitude to my lovely mother Hjh. Che Gayah Salleh my lovely father Hj. Yusof Awang for their unwavering support, pray and encouragement throughout the period of my research study.
I am really indebted to my family and my parents for their love, cheerfulness, and their understanding of my not being able to spend a lot of time with them, especially during the final stage of this research. Without their sacrifice and support, it would not have been possible for me to complete my thesis.
The author would also like to thank anybody involved directly or indirectly with my research project.
Hamba Mu
Yusri Yusof (2007)</description>
2,3,4,.......
<description>Ya Allah... .. 
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... 
Dan peliharalah kami dari azab api neraka... . 
AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal aalamin[/i]
Tahun 2005
Tahun 2006
Tahun 2007</description>
Happy Birthday Ayah
<description>Hari ini birthday ayah. Kami tak celebrate pun, tapi kami sayang ayah. Ibu buat sate kegemaran ayah. Semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin.
http://www.yahoo.americangreetings.com/view.pd?i=280366238&m=7516&rr=y&source=yahoo999
Aiman&Ammar</description>
Salam Lebaran 1428
Kami di Loughborough, UK menyambut 1 Syawal pada hari Jumaat, sehari lebih awal dari sanak saudara kami di Malaysia. Seperti kelaziman selepas pengumuman rasmi, kami akan bertakbir raya mengikut zon kerana keluarga melayu disini mencecah 60 keluarga. Solat sunat Aidil Fitri diadakan di Victory Hall, Loughborough Univ seawal jam 7.45 pagi. Alhamdulillah Ammar dan Aiman juga sempat hadir ke dewan tersebut. Kesempatan untuk merayakan Eid ini bersama masyarakt islam lain amat menceriakan dgn masing2 memakai pakaian tradisi negara masing2. Bagi kami baju raya dan kuih raya yg diterima 2 hari sebelum raya dgn warna merah hati. Lepas solat sunat kami menghadiri rumah rakan2 yang mengadakan rumah terbuka.
Malam raya
<description>Aksi Aiman dan Ammar di hari2 terakhir ramadhan dan malam raya. Sempat berbuka di Desi Express Nottingham. Thanks Wak Kamsen belanja kami.
Birthday Muhammad Aiman
<description>Happy birthday to you.. Happy birthday to you..Happy birthday to Muhammad Aiman. Dah besar rupanya, semoga menjadi anak yg soleh. 
Salam Perantau
<description>Ucapan hari raya di Utusan Malaysia Online
http://utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2007&pub=salam_perantauan2007&y=2007&dt=0923&sec=Album&pg=ppages/ppage12.htm
Nama Pengirim: Yusri Yusof
Lokasi Pengirim: Loughborough University, UK
Nama Penerima: Ayahanda dan Bonda
Lokasi Penerima: Perak dan Johor
Ucapan:
Kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri kepada Ayahanda Hj Yusof Bin Awang dan Bonda Hjh Che Gayah Bt Salleh di Parit Satu, Semanggol, Perak. Ayahanda Hj Maarof Bin Jais dan Bonda Hjh Salmah Bt Hj Soib di Kg Melayu Majidee, Johor. Buat Along dan suami di Kota Tinggi, adik-adik dan anak saudara di Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Tidak lupa juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang mengenali kami terutama di UTHM, Parit Raja dan Sek. Men Teknik, Kluang, Johor. Minal 'Aidin Wal Faizin
Pengenalan Gambar: Rosmawati Maarof, Muhammad Ammar Yusri, Yusri Yusof dan Muhammad Aiman Yusri 
E-mel Pengirim: y.yusof@lboro.ac.uk