Want your
own Fotopage?










 
Aiman dan Ammar

By: Yusri Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Oct-2008 06:26 Email | Share | | Bookmark
Happy 3rd Birthday Aiman

 
 
 
 
 
 

Care to comment?


Wednesday, 1-Oct-2008 05:15 Email | Share | | Bookmark
Raya 2008

 
 
 
 
 
 

salam Ros...wah Aiman & Aiman dah beso..skali nengok mcm twin plak... Wed 22-Oct-2008 17:34
Posted by:mama mirul
Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 14:41 Email | Share | | Bookmark
Konvo Loughborough - Singapore

England Product
Oversea meeting
Ex Rutland Street
View all 8 photos...

Salam..yg pakai baju batik tu, Abg Wan ke..hensem (especially rambut). Tahniah yus sebab dah konvo. Nottingham U tak buat pulak kat tempat lain..kalau tak, boleh pergi. Tue 9-Sep-2008 04:21
Posted by:virus promoter
tahniah kpd semua yg berkonvo.
dah besau dah Aiman & Ammar ya
Wed 17-Sep-2008 18:13
Posted by:org liverpool  - [Link]
Add comment


Wednesday, 20-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia 'Kelantan'

Muzium Adat istiadat Diraja Kelantan
Posing..
Main pasir kat PCB
View all 6 photos...
Dah pi Terengganu, kena pi Kelantan..

lama kami tak balik kelantan Wed 17-Sep-2008 18:10
Posted by:org liverpool  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia 'Terengganu'

Sukanya dia...
Hausnya..
Shopping time..
View all 12 photos...
Cuti sekolah dah tiba lagi... seronoknya.. Dapatlah rehat skit daripada bebanan kerja.. Kebetulan ayah Aiman&Ammar ada conference, dapatlah jumpa kawan2 kat sana.

Care to comment?


Wednesday, 13-Aug-2008 00:24 Email | Share | | Bookmark
Terkini

Actually dah lama tak update fotopages ni. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa telefon dan mail bertanyakan khabar. Tak kurang juga yang meminta agar update fotopages ni. Memandangkan ayah Aiman&Ammar sentiasa sibuk so sekarang ni Ibu Aiman&Ammar akan cuba update fotopages ni

Masa ni ros sedang berkursus IT 14 minggu di Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat. Setiap peserta kursus diminta untuk bina courseware bagi subjek masing-masing so nak tak nak kena buat Elektronik. Kursus ni betul-betul uji kesabaran coz bermain dengan komputer. Visual Basic, Toolbook, Namo... pening...pening...

Hari Khamis ni kena present website untuk Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO di bawah seliaan En Razali Pensyarah Multimedia. Nanti kita jumpa lagi.. masa tu blehlah tengok hasil keja kita

Buat kawan-kawan kat UK, terasa rindu kat you all...

salam Ros, apa kabar semua? rindu nak tgk Aiman & Ammar. Cane dorang berdua ek? mesti dah besau nti ros masukkan le gambau2 aiman & ammar yek. krm slm Yusri drp kami sekeluarga. Thu 14-Aug-2008 07:15
Posted by:org liverpool  - [Link]
Salaam Ros..Jumpa kat malaysia ye..Peluk cium tuk Aiman dan Ammar..p/s TQ masuk fp kite.. Thu 14-Aug-2008 11:34
Posted by:UmmuMunif  - [Link]
Add comment


Friday, 15-Feb-2008 09:55 Email | Share | | Bookmark
Terbaru

Terbaru
Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan balik ke tanah air tercinta, insya Allah berpeluang lagi mengundi.


kalau nak 'lulus without correction' kena ada benda putih2 tu kat rambut.. Fri 22-Feb-2008 14:34
Posted by:Abah Irfan
Selamat mengundi & undilah dgn bijak, hehehe...
ya la, kalu masuk bertanding, boleh menang ni..gaya dah ada dah tu
Tue 4-Mar-2008 18:27
Posted by:org liverpool  - [Link]
salam...tahniah abg yusri...kim salam kak ros yer. Wed 11-Jun-2008 08:15
Posted by:tikah nuratikah_seman@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 17-Dec-2007 12:20 Email | Share | | Bookmark
Graduation - Monday 17th Dec 2007

 
 
 
View all 5 photos...
Hari ni sempat melihat nama dalam senarai yang akan menerima sijil masing2 pada konvokesyen di Loughborough University. Termasuk dlm list Abg (Dr) Majdi (UTP), Dr Roslan (UUM) dan Dr Rohah (UTM) serta Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (UPSI)

biler nk upload gambar kenduri kawin kat kampung tu.... rindu nk nengok pengantin. Wed 26-Dec-2007 22:26
Posted by:wazir cute
Tak pe ..ramai-ramai kita turun Singapore pergi Konvo..sekali reunion.. kalau kita ada ramai tak boleh ke kita minta buat satu session kat KL... Thu 27-Dec-2007 10:53
Posted by:sarahjiha
Add comment


Friday, 16-Nov-2007 01:47 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih semua....

Alhamdulillah kami sekeluarga serta Dr Azli dan isteri telah selamat kembali ke tanahair pada 31hb Okt 2007. Kami sekelurga meneruskan flight ke Senai dan di sambut oleh Ayah dan adik2 yang telah lama menunggu. Syukur yang tak terhingga kepada semua sahabat di Loughborough yang membantu kami menaikkan barang2 kedalam kontena, ziarah serta hadir mengucapkan selamat jalan buat kami. Kenangan bersama kalian terlalu banyak dan terlalu besar bantuan dan pertolongan yang telah diberikan.

Kehadiran Ayahanda dan Bonda dari Perak diawal pagi 1hb Nov amat besar ertinya buat kami.. Kami merayakan Aidil Fitri sekali lagi bersama sama dan diraikan oleh kedua-dua ayahan dan bonda di sebelah ayah dan Ibu Aiman dan Ammar. Petang nya melapor diri di unit cuti belajar UTHM dan menyerahkan thesis, mengisi beberapa brang yg berkaitan dan terus ke fakulti berjumpa dekan, timb dekan dan staf lain.

Cuti tanpa rekod digunakan untuk menyelesaikan urusan isteri.. awal pagi isnin 5hb Nov terus ke Putrajaya. Blok 14 Kementerian Pelajaran kami sampai untuk ke Bahagian Sumber Manusia, Alhamdulillah pegawai disana membantu kami hingga selesai dan terus pulak ke blok berhampiran, Jabatan Pendidikan Teknikal untuk urusan penempatan. Pegawai disana juga membantu dan menempatkan semula ke sekolah lama.. Sek Men Teknik, Kluang, Johor. Selesai urusan isteri, terus ke Kompleks Kerajaan di Jalan Duta untuk urusan AP. Sekitar jam 2 ptg permohonan untuk mendapatkan AP telah selesai dan terus balik ke Parit Raja.

Sekarang ini telah seminggu bertugas di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan telah diberikan bilik di Blok C16. Masih tak banyak kerja yang dilakukan sekadar berjumpa dengan sahabat2 lama dan berbincang dgn ketua jabatan untuk perancangan pembelajaran semester hadapan. Semalam juga berjumpa dgn Dato NC dan Prof TNC untuk melapor diri.

Aiman dan Ammar juga telah dapat menyesuaikan diri di tempat baru.. dan dah boleh minum susu botol.. Aiman dah boleh minum susu Dumex.. bukan soya based dan Ammar juga sewaktu Ibunya bertugas.. dia dah minum susu botol.. Terima kasih Ayin yang membantu kami hampir 2 minggu menjaga kedua putera kami sewaktu Ayah dan Ibu mereka bertugas.

2 tugas rasmi sedia menanti minggu depan, iaitu untuk review abstract untuk ICME conference serta diminta menjadi Facilitator untuk program Finishing School anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CAD) dan program TOT akan dibuat di Bukit Banang Golf & Country Club, Batu Pahat pada 20-21 Nov.

Terima kasih buat Adzhar yang menghantar keputusan viva dan menunggu 21hb Nov nanti untuk pengesahan senat Loughborough University. Jemputan untuk hadir ke majlis konvokesyen telah diterima yang akan dijalankan pada 17hb Dec 2007 jam 10.30 pagi. Kalau ada rezeki akan hadir majlis yg akan dibuat di Singapore tahun depan.

Care to comment?


Tuesday, 30-Oct-2007 03:09 Email | Share | | Bookmark
26hb Mac 2004 - 30hb Okt 2007

Alhamdulillah setelah bermastautin di England lebih 3 tahun 6 bulan, hari ini kami akan meninggalkan tempat bertuah ini dengan perasaan sedih, terharu, gembira dan cukup banyak pengalaman dan kenangan yang ditinggalkan. Masih segar dalam ingatan apabila tiba di Manchester Airport disambut oleh En Salleh dan Sdr Mujahid kemudian ke Loughborough bermalam di rumah Hj Jiwa. Setelah hampir 6 tahun menanti kehadiran cahaya mata, Royal Infirmary Hospital di Leicester menjadi saksi kehadiran putera sulung kami, Muhammad Aiman, suati kurnia dari Ilahi yang amat bermakna.Amanah dan rezeki berganda buat kami apabila Muhammad Aiman mendapat adik pada 22hb Mei 2007, juga di lahirkan di Leicester. Tahun 2007 juga cukup manis apabila berpeluang membengtangkan kertas kerja ke 5 di USA dan terbaru masih terngiang di teliga apabila External exeminer Emeritus Professor Colin Besant, Department of Mechanical Engineering from Imperial College mengucapkan tahniah diatas kejayaan mendapat PhD berjudul "A STEP-COMPLIANT APPROACH TO TURNING OPERATIONS". Alhamdulillah dan syukur kepada mu Ya Allah

Without help from many work colleagues, friends and family, this thesis would not have been possible to accomplish. With that in mind the author would like to thank the following wonderful people. Firstly the I wish to express my sincere gratitude to my supervisor, Professor Keith Case, for his direction, support, patience and friendship. I am sure that would be harder to finish this work without your support. Keith, you are someone who shares my hopes and dreams. Also, to Professor Stephen Newman from
University of Bath for your encouragement and interest in this research.

Many thanks to my colleagues in the TW214 room, especially Gareth Coates, Chris Edwards, Theodoros Staikos, Muhammad Abu Bakar, Abeer Pharaon and Dr. Simon Collins, for the conversations and asides help that made each day more enjoyable. I extend my thanks and appreciation to my friends, Masyarakat Melayu Loughborough (MML), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) and to all others who contributed directly or indirectly, to bring out this thesis successfully.

Last but not least, my deepest gratitude goes to my wife, Rosmawati Maarof, for her encouragement and patience for more than three years. Besides being the mother of our two children, Muhammad Aiman and Muhammad Ammar, she has supported me and given me constant encouragement and care. I wish to express my gratitude to my lovely mother Hjh. Che Gayah Salleh my lovely father Hj. Yusof Awang for their unwavering support, pray and encouragement throughout the period of my research study.

I am really indebted to my family and my parents for their love, cheerfulness, and their understanding of my not being able to spend a lot of time with them, especially during the final stage of this research. Without their sacrifice and support, it would not have been possible for me to complete my thesis.

The author would also like to thank anybody involved directly or indirectly with my research project.

Hamba Mu
Yusri Yusof (2007)

Dr. Yusri,
Tahniah! Tahniah! Tahniah! ...Semoga cemerlang dunia akhirat...
Fri 2-Nov-2007 11:53
Posted by:kamal bradford
tahniah lagi sekali dari kami sekeluarga..

dan maskel badminton court sentiasa merindui smashmu yg tajam itu.. manakala stadium kriket loughborough university pula, pasti akan kesepian tanpa bunyi hoover & hayunan penyapu dari mu
Fri 2-Nov-2007 12:23
Posted by:papa najlah
selamat bertugas Dr. Yusri..sesambil mengajar tu, boleh tengok-tengokkan kebajikan cleaner di kampus tersebut, e.g. penyapu cukup ke tak, bag hoover dah tukar ke belum.. Wed 7-Nov-2007 10:12
Posted by:virus promoter
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.